2 CHOCO DATES FOR FREE SHIPPING & FREE GIFT

TIPS UNTUK TINGKATKAN BACAAN HB DENGAN PANTAS

Setiap wanita yang mengandung memang diuji dengan pelbagai masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh ibu hamil adalah kekurangan darah / hemoglobin (Hb) rendah atau anemia. Hal ini jika tidak dikawal dengan baik boleh memberi komplikasi kepada janin dalam kandungan mahupun ibu yang sedang hamil.



Oleh itu, ibu hamil perlu mencuba untuk mengatasi dan mengawal keadaan tersebut dengan pengambilan makanan tambah darah seperti di bawah dan juga beberapa tips untuk meningkatkan HB ibu hamil.


CONTOH-CONTOH MAKANAN TAMBAH DARAH 

  1.  JAMBU BATU

Buah jambu batu amat disarankan untuk di ambil kerana kandungan vitamin C yang terkandung didalam nya mampu menyerap zat besi ke tubuh. Kajian membuktikan bahawa kandungan vitamin C jambu batu mengandungi dua kali ganda kandungan vitamin C dalam buah oren.



  1. TEMBIKAI

Tembikai merupakan salah satu buah bagi menambah darah kerana ianya kaya dengan vitamin A di mana ianya sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah terutamanya bagi ibu hamil. Tembikai juga dipercayai dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk meningkatkan oksigen.



  1. KERANG

Sebenarnya, kerang mempunyai kandungan zat besi yang membentuk hemoglobin iaitu protein yang bertindak untuk bawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh badan anda.Namun, Ibu hamil tetap perlu mengambil makanan ini dalam kadar yang besederhana kerana kandungan merkuri di dalamnya yang kurang digalakkan.


  1. DAGING MERAH

Berbanding dengan daging putih dalam sumber protein haiwan lain, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi. Bahkan, ianya mengandungi vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat. Namun,ibu hamil diingatkan agar mengambil daging merah mestilah dalam kadar yang besederhana dan tidak keterlaluan.


  1. BAYAM



Ibu hamil yang mengamalkan sayur bayam dapat membantu mencegah anemia ekoran kandungan zat besi di dalamnya yang cukup tinggi. Bayam adalah sayuran yang juga kaya dengan vitamin A dan C. Asid folik dalam bayam juga dapat membantu mencegah bayi daripada lahir pramatang.


  1. KEKACANG

Berita baik untuk penggemar kekacang! Anda boleh memakan kekacang sebagai snek di mana-mana sahaja. Antaranya kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan.



Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat bermanfaat. Ianya mengandungi zat besi yang tinggi .Lebih-lebih lagi biji labu yang merupakan sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu menurunkan kolesterol. Nak naikkan Hb dengan mudah, kudap kudap je? makan la kacang


  1. KURMA

Menurut laman web LiveStrong, khasiat kurma untuk ibu hamil antaranya dapat mencegah masalah anemia. Ini kerana ia kaya dengan zat besi serta kandungan kalsium yang turut menyokong perkembangan tulang.



  1. BUAH DELIMA

Khasiat zat besi didalam buah delima yang tinggi dapat mempertahankan jumlah sel darah merah dan mencegah anemia terhadap ibu hamil.


  1. TELUR

Kuning telur sahaja yang membantu mengekalkan jumlah Haemoglobin dalam darah. Bahagian kuning telur sahaja yang mengadungi nutrient yang membantu mencantikkan bacaan HB ibu hamil.



  1. IKAN

Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Ikan Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterol.


Berita baik untuk anda, bagi penggemar telur ikan! Telur ikan mempunyai nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu dalam meningkatkan bilangan hemoglobin.



TIPS MENAIKKAN BACAAN HB:


  1. Tidak mengambil zat besi bersama kalsium 

Ianya akan menghalang zat besi untuk diserap oleh badan.

Ibu hamil juga harus menghindari alkohol dan minuman berkafein seperti kopi dan teh.




  1. Perubahan gaya hidup 

Bersenam 

Bersenam secara konsisten membuat tubuh menggunakan lebih banyak oksigen, yang memerlukan lebih banyak penghasilan sel darah merah.




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.