2 CHOCO DATES FOR FREE SHIPPING & FREE GIFT

7 MAKANAN UNTUK IBU HAMIL YANG MENCERGASKAN OTAK BAYI SEJAK DALAM KANDUNGAN


Semestinya seorang ibu mahukan anak yang dikandung mereka selamat, sihat mental dan fizikal serta  pasti mereka mahukan anak yang bijak. Antara usaha yg boleh dilakukan adalah dengan mengambil makanan seimbang dan sihat bagi pembentukan IQ.

Di sini dikongsikan 7 jenis makanan yang mudah dan boleh di amalkan oleh ibu hamil untuk anak bijak:


Chia seed

Chia seed sangat terkenal dengan kandungan DHA dan EPA nya yang sangat tinggi dalam membentuk perkembangan otak dan IQ bayi. Ianya ialah sumber utama Omega 3 dan energy booster buat ibu hamil. Malah ianya mengandungi kadar protein yang baik dan boleh membantu perkembangan organ bayi dalam kandungan


Dark Chocolate

Ibu hamil perlu mengamalkan dark chocolate semasa trimester pertama dan kedua bagi membantu perkembangan janin kerana zat besi, zinc serta vitamin K yang tinggi. Ianya juga mengandungi flavonoid, antioksida yang boleh meningkatkan ketahanan tubuh ibu hamil agar meraka dan janin bertambah sihat.


Almond

Khasiat almond boleh merangsang otak bayi untuk berkembang dengan baik manakala manfaat almond yang mengandungi asid folik yang mampu menghindari bayi daripada risiko kecacatan samada kecacatan fizikan mahupun mental. Kandungan zat potassium yang terdapat di dalam kacang almond memiliki fungsi untuk menstabilkan tekanan darah di dalam tubuh ibu hamil dan tidak mengganggu perkembangan janin.


Walnut

Jika ibu hamil tidak gemar mengamalkan ikan, mereka boleh mengamalkan walnut kerana ianya mengandungi omega 3 yang baik untuk kandungan juga perkembangan otak janin. Tambahan, kandungan serat di dalam walnut membuatkan ibu hamil mersa kenyang lebih lama.


Ikan Salmon

Ikan merupakan sumber protein dan sumber DHA serta omega yang sangat baik untuk ibu dan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Kandungan zat pada ikan salmon sangat baik untuk ibu hamil. Ikan Salmon mengandungi protein tinggi dan merupakan sumber omega 3 lemak yang berguna untuk kesehatan janin di dalam kandungan. Selain itu, ikan salmon mengandung lebih sedikit merkuri berbanding ikan-ikan lain.


Minyak Ikan

Minyak ikan mengandungi omega 3 yang sangat tinggi bagi perkembangan janin dan kesihatan ibu Ianya mempunyai kangungan DHA dan EPA yang tinggi boleh memberi kesan positif untuk perkembangan visual dan kognitif pada bayi serta mengurangkan risiko alergi pada bayi apabila lahir.


Buah-buahan dan sayur –sayuran

Buah-buahan dan sayuran merupakan makanan semulajadi yang kaya kandungan zat yang bermanfaat. Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.


mudahkan? Almond, walnut dan dark coklat  ibu perlu Jadikan sebagai snack, standby di pejabat serta di rumah. Snack sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.