2 CHOCO DATES FOR FREE SHIPPING & FREE GIFT

6 SUPER FOOD UNTUK IBU HAMIL YANG MOMI KENA TAHU

Segelintir ibu hamil mungkin akan mengalami pelbagai kesusahan ketika tempoh kehamilan mereka. Dari segi alahan dan loya semasa trimester pertama atau mungkin trimester kedua dan ketiga. Malahan semasa kehamilan juga berlakunya masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, gastrik ketika trimester kedua dan ketiga. Oleh itu, sangat penting buat mereka untuk memilih makanan yang betul-betul sihat semasa kehamilan.


Dalam tempoh tersebut, ibu hamil perlu mengamalkan ‘super food’ bagi mengimbangi kesihatan mereka dan juga kandungan. Mengamalkan ‘superfood’ bukanlah suatu perkara yang susah kerana makanan tersebut mudah untuk didapati pada masa sekarang. Malah, makanan tersebut senang dibawa kemana-mana serta senang di makan tanpa perlu mengambil masa untuk memasak atau sebagainya.


6 JENIS ‘SUPER FOOD’ UNTUK IBU HAMIL:


1 Delima 

Salah satu buah yang di sebut di dalam al-Quran kerana khasiatnya. Ianya kaya dengan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan sumbing pada bayi. Buah delima yang mengandungi vitamin c yang tinggi akan mudah untuk penyerapan zat besi dan nutrisi lain dengan lebih berkesan. Dengan cara ini, badan lebih mudah menyerap zat besi dari makanan untuk perkembangan bayi. Jus delima juga mampu untuk mengurangkan kekejangan kaki yang biasa dialami oleh ibu hamil.



2 kurma

Khasiat buah kurma memang tidak boleh disangkal lagi kerana kurma mengandungi khasiat yang lengkap untuk keperluan badan ibu hamil seperti mineral, vitamin,serat dan antioksida. Ianya bagus untuk menjaga kesihatan sistem saraf kerana kandungan potassium yang terdapat didalam nya. Kurma sesuai untuk ibu hamil bagi membentuk otak bayi dari dalam kandungan malahan ianya juga mampu mengurangkan alahan pada trimester pertama. Tak suka makan kurma? carilah kurma bersalut coklat supaya tak ras kurma sgt, tapi masih dapat khasiat kurma kan.

3 Susu Kambing

Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. Khasiat susu kambing mampu mengelakkan bayi yang dilahirkan terkena demam kuning, ianya boleh memudahkan proses bersalin ibu hamil dan boleh membersihkan anggota dalaman ibu hamil. Malah, susu kambing boleh memperbanyakkan susu ibu selepas bersalin.


4 Ikan

Sesuai bagi ibu hamil yang menjaga berat badan kerana ikan mengandungi protein yang tinggi dan tidak mengandungi lemak tepu. Kandungan DHA pada ikan dapat mengelakkan risiko keguguran terutamanya pada usia kehamilan di trimester pertama. Kandungan omega 3 dalam ikan boleh membentuk perkembangan otak bayi yang sihat serta perkembangan saraf janin yang sihat.


6 Sayuran Hijau

Ibu hamil digalakkan mengambil sayuran hijau dengan lebih banyak kerana ianya penuh dengan serat dan vitamin A, C dan K. Malah, serat yang terkandung bagus untuk proses pencernaan ibu hamil agar toksid di dalam badan di keluarkan. Sayuran hijau terutamanya bayam mengandungi asid Folik bagi mencegah kecacatan pada otak dan saraf tunjang janin dalam kandungan.


6 Kekacang

Kandungan serat dalam kekacang membantu proses pencernaan menjadi lancer terutama ibu hamil yang mengalami sembelit. Malah, protein yang tinggi di dalam kekacang membantu perkembangan otot bayi daripada awal kehamilan. Kekacang juga mengandungi asid folik dan vitamin B9 penting untuk perkembangan saraf bayi bagi mengelakkan daripada sebarang kecacatan janin.




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.