2 CHOCO DATES FOR FREE SHIPPING & FREE GIFT

5 PERKARA PENYEBAB KEGUGURAN

Sebagai seorang wanita apabila mendapat berita bahawa mereka mengandung, sudah pasti ramai antara mereka yang mengharapkan agar si kecil di dalam perut itu sihat membesar dengan sempurna sehingga hari bersalin dan hari-hari seterusnya. Namun, perkara yang tidak disangka seperti keguguran kadangkala dating menimpa di dalam tempoh mengandung.

Walaupun hakikatnya, tiada seorang pun yang mahukan keguguran berlaku. Namun, di atas sebab-sebab tertentu, ada kebarangkalian untuk mereka sebgai wanita hamil mengalami keguguran semasa mengandung. Di sini, kami kongsikan beberapa sebab keguguran.

Sebab Keguguran #1 – Tidak Melakukan Rutin Checkup

Rutin checkup penting untuk ibu mengandung bagi memeriksa keadaan janin dalam kandungan serta kesihatan ibu sendiri secara berkala. 

Ibu mengandung boleh mengikut standard prosedur yang ditetapkan di tempat rawatan bagi mengenalpasti keadaan kesihatan kedua-duanya. Rutin checkup ini penting untuk ibu hamil kerana dari situ segala masalah atau penyakit dapat dikesan samada pada ibu hamil itu sendiri mahupun janin dalam kandungan.

Hal ini kerana, rutin checkup ini menyediakan beberapa ujian saringan seperti ujian air kencing, jantung, scan janin dan sebgainya bagi menegtahui perkembangan kandungan. Ibu mengandung yang mengambil mudah dengan rutin ini boleh mengakibatkan keguguran kepada janin.

Sebab Keguguran #2 – Pengambilan Kafein yang Berlebihan

Bagi ibu mengandung yang merupakan penggemar kopi atau sebarang minuman yang mengandungi kafein, anda perlu berhati-hati. Menurut NHS UK, pengambilan kafein yang melebihi 200mg sehari berkemungkinan besar boleh menyebabkan keguguran sebanyak dua kali ganda. Kajian menyatakan bahawa minuman yang mengandungi kafein akan mengganggu plasenta dan juga boleh membantutkan tumbesaran janin.

Jika anda ingin tahu, secawan air teh mempunyai lebih kurang 75mg kafein manakala secawan kopi mempunyai 100mg kafein. Jumlah kafein di dalam badan turut boleh meningkat jika seseorang itu mengambil air soda, bar coklat dan minuman tenaga pada hari yang sama. 

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang membesar.



Sebab Keguguran #3 - Stress yang Tidak Terkawal

Stress ternyata banyak kesan negatif terhadap ibu mengandung antaranya keguguran. Stress yang di alami saat kehamilan menyebabkan ketidakseimbangan hormon secara tidak langsung janin di dalam kandungan akan lemah. Stress biasanya kerana aktiviti harian yang terlalu banyak dan masalah peribadi yang dialami oleh ibu mengandung. 


Jika ibu mengandung terlalu stress boleh mengakibatkan keadaan pembuluh darah makin mengecil. Oksigen dan darah yang disalurkan tidak lancar sehingga menyebabkan imuniti terganggu. Ibu mengandung seharusnya tidak memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan.


Sebab Keguguran #4 - Pekerjaan yang Merbahaya dan Berisiko Tinggi


Ibu mengandung tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak apa lagi jika mereka terlibat dengan pekerjaan yang merbahaya dan berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan keguguran. Kemungkinan janin di dalam kandungan masih belum kukuh dan masih di dalam proses pembentukan. Ibu mengandung yang berhadapan dengan kerjaya ataupun aktiviti yang melibatkan bahan kimia juga turut  mengganggu kandungan.


Ini disebabkan badan ibu mengandung menjadi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan dari sebarang tekanan dan kecederaan.



Sebab Keguguran #5 - BMI Atas 30 dan Bawah 18


Berat badan yang berlebihan menjadi punca kepada masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang apatah lagi buat ibu mengandung. Ianya mampu meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.




Malah, kurang berat badan juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan. Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain. Jika ketahanan badan ibu mengandung tidak baik samada terlebih atau kurang berat badan maka perkembangan kandungan sama sekali akan terjejas dan boleh menyebabkan keguguran.



Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.