2 CHOCO DATES FOR FREE SHIPPING & FREE GIFT

10 TIP KURANGKAN ALAHAN SEMASA AWAL KEHAMILAN

Segelintir ibu hamil kebiasaanya akan mengalami morning sickness pada peringkat awal kehamilan mereka malah ada yang berlarutan sehingga ke trimester kedua dan ketiga. Walaupun gejala morning sickness kebiasaannya tidak mendatangkan mudarat dan komplikasi kepada janin, namun aktiviti harian ibu hamil akan terganggu dan tidak terurus.



Oleh itu, di sini kami sertakan 10 tips mengurangkan morning sickness.


  1. Mengambil makanan Vitamin B6

Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B6 yang mencukupi boleh mengurangkan rasa mual dan muntah ketika mengandung. Makan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti avocado, beras perang, pisang, ikan dan kekacang.


  1. Lemon


Bau aroma lemon yang diperah mampu membantu mengurangkan rasa mual. Malah ibu hamil juga boleh jadikan lemon sebagai jus yang dicampur dengan air atau madu dan di minum ketika terasa mual. 



  1. Almond 

Kekacang yang mengandungi protein yang tinggi sesuai untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil dan digalakkan untuk mengambil makanan ini sebelum tidur.

  1. Cuka epal 



Cuka epal mengandungi nilai PH yang neutral yang mampu meneutralkan asid di dalam perut. Ibu hamil boleh mengambil satu sudu cuka epal yang dicampur dengan madu sebelum tidur. Bahkan ianya juga boleh di tambah ke dalam air untuk berkumur selepas muntah kerana ianya mampu menyegarkan nafas ibu hamil.


  1. Brokoli

Ianya mengandungi asid folik yang tinggi yang boleh mengurangkan mual ketika mengandung. Sup brokoli sangat bagus dan boleh meningkatkan imuniti ibu hamil.


  1. Halia

Salah satu herba yang sangat bagus untuk ibu hamil yang mengalami morning sickness. Ianya bagus untuk pencernaan dan mengurangkan asid di dalam perut. Ibu hamil boleh mengunyah ‘candy’ halia ataupun mengambil jus halia setiap pagi untuk mengurangkan mual.




  1. Air masak

Ibu hamil harus perbanyakkan pengambilan air masak dengan meminumnya sedikit demi sedikit secara kerap bagi mencegah dehidrasi dan mengurangkan mual. Elakkan pengambilan minuman manis dan minuman sejuk.



  1. Rehat yang mencukupi

Ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan sekiranya terasa mual atau pening ketika baru bangun daripada tidur maka bangun secara perlahan. Malah ibu hamil digalakkan juga mengambil snek ringan terlebih dahulu selepas sahaja bangun daripada tidur agar dapat mengurangkan mual.


  1. Pakai pakaian yang selesa

Ibu hamil disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan selesa. Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat di bahagia perut atau pinggang yang boleh menyebabkan ketidakselesaan atau boleh menyebabkan mual.


  1. Mindset

Ibu hamil sangat digalakkan untuk tidak terlalu memikirkan tentang keadaan mereka terhadap mual atau morning sickness yang mereka alami dan mengalihkan fikiran terhadap perkara lain.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.